Saturday, September 6, 2014

CARA TRADISIONAL HILANGKAN PARUT



Hmmm, salah satu masalah kulit yang saya rasa hampir setiap orang mengalaminya.

Ada sesetengahnya mungkin tidak lah seteruk mana, tetapi ada juga yang boleh mengakibatkan kita hilang keyakinan diri disebabkan parut ini, especially kalau orang lain boleh nampak kan?

So, kat sini Shima just nak share dari pembacaan bagaimana nak hilangkan parut dengan cara 

tradisional. Bagi yang rajin tu boleh lah mencuba

  
APAKAH ITU PARUT?

~ Parut adalah hasil pertumbuhan kolagen yang terbentuk akibat daripada proses penyembuhan luka secara semulajadi.

~ Kolagen tersebut terdiiri daripada sekumpulan protein yang wujud secara semulajadi dan membentuk komponen utama tisu-tisu penghubung.

~ Oleh itu, apabila kulit luka atau tercedera tubuh kita akan bertindak dengan segera untuk membaiki kawasan yang terlibat. Penghasilan kolagen yang berlebihan dan cepat bagi menyembuhkan luka menjadi punca wujudnya parut.


BAGAIMANA NAK MERAWATNYA?

(i) Daun Lidah Buaya  

Sejak zaman nenek moyang kita lagi dah amalkan petua kecantikan menggunakan daun lidah buaya. Sebab salah satu kegunaan daun lidah buaya ini adalah untuk menghilangkan bekas luka.

Ianya mempunyai khasiat spt asid amino dan lignin yg amat baik bg merangsang pertumbuhan sel-sel kulit baharu.

Caranya mudah sahaja. Ambil lendir dari daun ini dan sapu pada parut sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

Haaaaa, mudah je pun kan. Cuma masalahnya MALAS atau tidak je. Hehe


 
 Lendir dari Daun Lidah Buaya

(ii) Kulit Kayu Manis

Bkn setakat rempah je dalam menambah rasa dalam masakan tapi dikatakan mempunyai khasiat terutama pada kulit kerana ia mampu melancarkan peredaran darah serta menyalurkan nutrien ke bahagian kulit.

Ia juga bertindak sebagai ANTISEPTIK semulajadi untuk membunuh kuman akibat luka dan agen untuk mengurangkan parut

Caranya, melumatkan beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan dalam bentuk serbuk. Kemudian campurkan dengan air dan lumurkan pada muka terutama pada tempat-tempat yang berparut.



 
 Serbuk kulit kayu manis yang telah dilumatkan

(iii) Masker Timun

 Kebiasaannya timun digunakan untuk mencantikkan bahagian mata, khusus bagi menghilangkan mata sembab serta untuk menjadikan mata lebih segar

Tapi sebenarnya timun juga boleh membantu dalam menghilangkan masalah parut.
Kandungan timun yang kaya dengan POTASSIUM, MAGNESIUM dan SILIKON serta vitamin A,B dan C amat baik untuk keperluan kulit

Caranya pun mudah saja, ambil sebatan timun lalu kisarkannya. Lepas tu oleskan timun kisar di kawasan-kawasan yang berparut. Lakukan setiap hari agar sehingga mendapat hasil yang memuaskan.




Masker Timun untuk merawat wajah berparut


 Sumber dari : Utusan Malaysia, Sabtu 30.08.2014 (KESIHATAN /KECANTIKAN)

 





 



 

  


No comments:

Post a Comment